KELAB KOMPANG KOLEJ RAHMAN PUTRA - GEMA PUTRA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
Pendahuluan
Sejarah
Matlamat
Objektif
Perkhidmatan
Terkini

Ahli-ahli

Diari
Galeri
Kompang
Aktiviti
Pengurusan
Komen
Alamat
Link
Buku Pelawat
Pengendali Web
UTM
 
Penghasilan Kompang ...  
Kebanyakan kompang menggunakan kulit kambing dan juga lembu. Kulit yang digunakan dibuang bulunya menggunakan bahan kimia. Air kapur, abu, sodium sulfida dan ammonium sulfat adalah antara bahan yang digunakan. Kulit akan dibiarkan reput sedikit supaya bulunya senang tanggal. Ataupun tanpa reput, kulit dikeringkan dan digosokkan dengan garam batu untuk menanggalkan bulunya. Kulit akan diawet menggunakan tannin (yang biasanya didapati dalam teh). Selepas itu, kulit dikeringkan di tempat yang lembap.
Sebelum kulit dipasangkan pada bingkai, terlebih dahulu bingkai hendaklah diasah supaya tidak terdapat bahagian-bahagian tajam yang boleh mencarikkan kulit dan seterusnya boleh menyebabkan kulit koyak. Kulit dipasangkan pada bingkai dan diikat menggunakan dawai. Kepakaran dalam menarik kulit supaya tegang adalah perlu untuk mengelakkan kulit daripada koyak.
Setelah kulit betul-betul tegang dan berada pada keadaan yang baik, lebihan yang tinggal akan di potong. Proses terakhir ialah, pengemasan iaitu proses memaku dan seterusnya menutup lebihan kulit yang terbentuk seperti skirt.
Gambar menunjukkan kompang yang telah siap. Cara permainan kompang adalah berbeza-beza mengikut tempat. Walaubagaimanapun, keaslian muzik kompang tetap terpelihara sehingga kini dan akan tetap dipelihara InsyaAllah...
SELESAI.

 

Sumber : http://dalibahmad.tripod.com