KELAB KOMPANG KOLEJ RAHMAN PUTRA - GEMA PUTRA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Ahli-ahli

Buku Pelawat

Pendahuluan/Pengenalan

Laman web ini terhasil daripada idea ahli-ahli Kelab Kompang Kolej Rahman Putra (Kelab Gema Putra), Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor sesi 2000/2001. Dengan sokongan dan bantuan daripada penasihat kelab iaitu Encik Mohd Saidin bin Misnan dan juga daripada pengurusan Kolej Rahman Putra maka terhasillah laman web bagi kelab ini. Laman web ini telah dilancarkan secara rasminya pada 1 hb Muharam 1422H bersamaan 26 Februari 2001. Laman ini telah dibangunkan sepenuhnya oleh mahasiswa-mahasiswi Universiti Teknologi Malaysia yang juga merupakan ahli Kelab Gema Putra. Kelab ini juga merupakan kelab kompang yang pertama di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai yang mempunyai laman webnya sendiri. Dengan terhasilnya laman web ini, adalah diharapkan agar budaya tradisional dapat dipertahankan dan dimartabatkan sejajar dengan perkembangan teknologi masa kini. Bersama kita menuju kegemilangan seni warisan tradisional!