KELAB KOMPANG KOLEJ RAHMAN PUTRA - GEMA PUTRA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
Pendahuluan
Sejarah
Matlamat
Objektif
Perkhidmatan
Terkini

Ahli-ahli

Diari
Galeri
Kompang
Aktiviti
Pengurusan
Komen
Alamat
Link
Buku Pelawat
Pengendali Web
UTM

 

Sejarah Penubuhan Kelab Kompang Kolej Rahman Putra

Kelab Kompang Kolej Rahman Putra adalah salah sebuah kelab aktif yang terdapat di Kolej Rahman Putra, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor Darul Ta'zim. Penubuhan kelab ini telah dilakukan pada tahun 1994 oleh mahasiswa-mahasiswi tahun satu Kolej Rahman Putra (ketika itu dikenali sebagai Kampung Meranti). Pada peringkat awal penubuhannya, tenaga pengajar daripada luar telah diundang untuk mengajar ahli-ahli kelab cara/teknik permainan kompang yang betul. Semenjak penubuhannya, kelab ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada mahasiswa dan mahasiswi Kolej Rahman Putra dan juga telah mendapat sokongan daripada pihak pengurusan kolej.

Setelah empat tahun penubuhan Kelab Kompang Kolej Rahman Putra, banyak pencapaian membanggakan yang telah dilakukan dan dapat mengharumkan nama Kolej Rahman Putra. Kini, Kelab Kompang Kolej Rahman Putra lebih dikenali sebagai Kelab Gema Putra. Nama kelab ini terhasil daripada inspirasi ahli-ahli baru kelab (mahasiswa-mahasiswi tahun satu sesi 1998/1999) yang mana telah diterimapakai oleh semua ahli kelab. Pihak kelab telah mengambil inisiatifnya sendiri dengan melantik tenaga pengajar yang terdiri daripada ahli-ahli kanan kelab untuk menjadi jurulatih bagi menggantikan jurulatih dari luar. Ini bertujuan untuk memudahkan lagi pihak kelab untuk merancang sesuatu aktiviti.

Sehingga kini, Kelab Gema Putra telah menempa nama bukan sahaja di dalam kolej bahkan di seluruh Universiti Teknologi Malaysia, Skudai dan juga di sekitar Johor Bahru. Ini menandakan bahawa budaya tradisional Melayu masih lagi diterima dan mendapat sokongan daripada mahasiswa dan juga masyarakat setempat.